Sunday, October 11, 2009

Pengurusan Harta Intelek


Pengurusan Harta Intelek oleh KPDN dan HEP mempunyai objektif seperti berikut:1. untuk memastikan jentera yang lebih efektif dan efisyen2. untuk menjamin fungsi di arena antarabangsa.3. untuk memastikan fungsi yang lebih meluas dalam pembangunan harta intelek negara.4. untuk mempertingkat peluang pekerjaan untuk pakar dan para profesional.
Antara fungsi-fungsi Perbadanan Pengurusan Harta Intelek ialah:1. Memberikan perkhidmatan pengurusan yang berbayar menngikut yuran yang telah ditetapkan berkenaan dengan Harta Intelek2. Memantau dan menyelia tentang perkara-perkara yang terbit dari penggunaan Undang-Undang Harta Intelek.3. Mengemaskini Undang-Undang Harta Intelek4. Memyebarkan maklumat berkenaan Harta Intelek5. Mempromosi dan menyatukan program kesedaran kepentingan hak dan perlindungan Harta Intelek di peringkat kebangsaan dan kuar negara.6. Membuat penyelidikan dan pembangunan menegenai Harta Intelek7. Memberikan nasihat kepada pihak Menteri tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Harta Intelek8. Menguruskan kerjasama yang berkaitan dengan Harta Intelek9. Melaksanakan aktiviti-aktivit yang berkaitan dengan Harta Intelek.
updated Tuesday, 30 November 1999 Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia Kamel Mohamad. Foto: BernamaOleh Jenny LanongKUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Di Malaysia, perlindungan harta intelek telah bermula sejak awal 1960-an lagi dan ditadbir oleh Pejabat Pendaftaran Cap Dagangan dan Jaminhak.Pada tahun 1983, dengan penguatkuasaan Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Paten 1983, nama pejabat ini ditukar kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.Harta intelek diberi perlindungan di bawah peruntukan undang-undang termasuk Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 1972, merangkumi enam bahagian iaitu Paten, Cap Dagangan, Hakcipta, Reka Bentuk Perindustrian, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk susun atur litar bersepadu.Seterusnya pada 27 Oktober 1990, pejabat ini diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan nama Bahagian Harta Intelek (BHI).Demi kepentingan industri harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah digubal menjadi badan berkanun berikutan penguatkuasaan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia.Badan ini mula menggunakan singkatan MyIPO sempena pelancaran Hari Harta Intelek Negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Mac 2005.PENUBUHAN MHIMenyedari akan kepentingan harta intelek sebagai salah satu komponen pembangunan ekonomi negara, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Mahkamah Harta Intelek (MHI) pada Julai 2007 untuk menangani kes-kes berkaitan harta intelek (intellectual property, IP).Secara amnya Malaysia merupakan antara negara yang awal di rantau ini mengambil langkah menubuhkan mahkamah seumpamanya selepas Thailand dan Indonesia.Mahkamah Harta Intelek ini diwujudkan oleh Mahkamah Persekutuan beserta agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) selaku sekretariat.Mahkamah Sesyen Harta Intelek mempunyai bidang kuasa mendengar kes-kes jenayah IP sementara Mahkamah Tinggi Harta Intelek mempunyai bidang kuasa mendengar kes-kes sivil IP serta kes-kes jenayah dari Mahkamah Sesyen Harta Intelek.Sehingga ini kerajaan telah meluluskan 21 Mahkamah Harta Intelek iaitu 15 Mahkamah Sesyen di setiap negeri termasuk satu di Putrajaya dan 6 Mahkamah Tinggi masing-masing di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak.KEBERKESANAN MHIMenurut Ketua Pengarah MyIPO, Kamel Mohamad, sejak ditubuhkan mahkamah ini telah berjaya menyelesaikan beberapa kes yang berkaitan harta intelek.Kamel berkata oleh kerana mahkamah ini hanya mendengar kes-kes berkaitan IP, pelupusan kes-kes IP telah dapat ditingkatkan.Dengan adanya mahkamah yang hanya menjurus kepada IP juga kes-kes dapat diselesaikan dalam jangka masa yang lebih singkat berbanding sebelumnya.Pada tahun 2005, Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hanya berjaya menyelesaikan 14 peratus daripada kes yang didaftarkan namun selepas MHI ditubuhkan, mahkamah ini telah berjaya menyelesaikan hampir 70 peratus daripada kes yang telah didaftarkan."Menurut sumber lisan yang diperolehi daripada pihak mahkamah di Kuala Lumpur, setakat Disember 2007 Mahkamah Sesyen Harta Intelek telah menyelesaikan 163 kes daripada 236 kes yang telah didaftarkan."Mahkamah Tinggi Harta Intelek pula telah berjaya menyelesaikan 28 kes sivil daripada 142 kes sivil yang telah didaftarkan," katanya kepada Bernama."Sebelum kewujudan mahkamah ini, kes-kes IP didaftarkan seperti kes-kes lain dan pendengaran kes-kes ini dilakukan mengikut giliran tarikh kes didaftarkan," katanya lagi.Kamel juga berkata mahkamah ini dapat membantu melaksanakan penguatkuasaan terhadap kes-kes IP dengan lebih berkesan."Mahkamah khas seumpama ini menyediakan satu sistem yang adil dan cekap untuk mendengar, mentadbir dan memutuskan kes-kes pelanggaran IP selaras dengan perkembangan IP di negara kita," katanya.Sementara itu, Kamel berkata penubuhan Mahkamah Harta Intelek merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada negara kerana ia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam sistem perundangan berkaitan IP."Dengan adanya mahkamah ini, negara kita telah mengambil satu usaha yang proaktif serta komitmen yang tinggi terhadap penguatkuasaan undang-undang berkenaan IP," kata beliau lagi.Berkenaan tahap kesedaran orang ramai terhadap kewujudan mahkamah ini, Kamel berkata memandangkan mahkamah ini masih baru maka tahap kesedaran itu masih pada tahap kajian."Diharapkan dengan penubuhan Mahkamah Harta Intelek di Malaysia, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial akan dapat dipertingkatkan lagi di negara kita secara keseluruhannya dan orang ramai akan lebih prihatin terhadap kepentingan harta intelek, kata Kamel.PERLINDUNGAN HARTA INTELEK"Harta intelek telah dikenalpasti sebagai salah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi negara dan penghasilan berterusan harta intelek akan meningkatkan aktiviti pelaburan dan perdagangan.Maka usaha untuk melindungi harta intelek adalah mustahak," kata Kamel lagi.Menurut Kamel, kesedaran orang ramai dalam memperjuangkan hak mereka akan memudahkan usaha kerajaan dalam memupuk budaya melindungi harta intelek di Malaysia.Paten merujuk kepada hak eksklusif terhadap sesuatu ciptaan baru yang boleh digunakan dalam industri, proses penghasilan, ataupun penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.Manakala reka bentuk perindustrian melindungi hak pereka cipta terhadap aspek atau hiasan atau estetik sesuatu barang.Reka bentuk perindustrian boleh mempunyai ciri tiga dimensi seperti bentuk atau tatarajah atau ciri dua dimensi seperti corak dan hiasan.Cap dagangan pula membolehkan peniaga membezakan barangan dan perkhidmatan daripada seorang peniaga dengan peniaga-peniaga lain dan petunjuk geografi pula bertujuan untuk mengenalpasti dari mana sesuatu barangan berasal."Secara umumnya hak setiap pereka cipta diiktiraf dan dilindungi undang-undang," katanya.-- BERNAMA


PERLINDUNGAN HARTA INTELEK DI MALAYSIA

Mulai bulan Julai ini dua puluh satu buah Mahkamah Harta Intelek akan beroperasi di seluruh negara merangkumi 15 Mahkamah Sesyen dan enam Mahkamah Tinggi. Kelulusan penubuhan Mahkamah Harta Intelek ini telah diluluskan Kabinet pada 6 Jun lalu dilihat bakal menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di ASEAN selepas Thailand yang mempunyai kaedah dan sistem mahkamah khas bagi melindungi aset harta intelek.Penubuhan Mahkamah ini bertepatan dengan perakuan Malaysia di peringkat antarabangsa melalui Perjanjian Perdagangan Berkaitan Harta Intelek (TRIPS). Negara telah mengorak langkah yang bijak dan terkehadapan berbanding negara lain di dalam melindungi harta intelek, dan ini adalah satu lagi bentuk kejayaan dan inovasi sistem perundangan dan kehakiman di negara kita. Di samping itu gandingan bijak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP), Perbadanan Harta Intelek Negara dan pertubuhan antarabangsa World Intellectual Property Organisation (WIPO) akan memperkasakan lagi sistem perlindungan harta intelek di negara kita.Menurut Yusri Mohamad Ramli (2007), harta intelek menurut pandangan undang-undang Malaysia merangkumi harta industri dan hak cipta. Harta industri melibatkan cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, reka bentuk litar bersepadu dan sebagainya. Hak cipta pula merujuk kepada hak penguasaan yang dilindungi oleh undang-undang ke atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan merangkumi karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi dan siaran.Perbincangan mengenai harta intelek masih dianggap baharu walaupun harta berbentuk intelek sebenarnya sudahpun lama wujud di seluruh dunia. Namun masalahnya ialah undang-undang mengenainya masih belum mantap dan berkesan. Pengkajian mengenai harta intelek dikenal pasti bermula dengan berlangsungnya Paris Convention pada 20 Mac 1883 di Paris, Perancis. Sejak itu, para sarjana undang-undang telah memberi tumpuan yang mendalam terhadap isu-isu berkaitan harta intelek. Usaha ini semakin rancak ekoran perkembangan drastik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di samping globalisasi yang semakin melebar dalam ekonomi dunia pada akhir abad ke-20.Ahli media terkenal Jeniri Amir (2005) menyatakan undang-undang pertama yang memberikan hak cipta pengarang ialah Stature of Anne yang diluluskan oleh Parlimen British pada 1710. Para peringkat awal perundangan, pihak Inggeris memperakukan bahawa pengarang memiliki hak terhadap karyanya berdasarkan prinsip natural justice. Manakala hak moral pula diperuntukkan di bawah Berne Copyright Convention yang menetapkan bahawa "The author shall have the right to claim authorship of his work and to object any distortation, mutilation or other modification of, or other deragotory action in relation to the said work, which would be prejudicial to his honour or reputation".Manakala menurut Azizah Hamzah (2005) pula undang-undang hak cipta Malaysia bermula dengan adanya Copyright Act 1911 yang berkuatkuasa di Pulau Pinang dan Melaka. Selain itu terdapat juga kewujudan Enakmen 73 yang berkuatkuasa di Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Perundangan hak cipta yang pertama sekali berkuat kuasa termaktub dalam Copyright Act 1967. Undang-undang tentang hak cipta masa kini merujuk kepada Akta Hakcipta 1987. Akta tersebut menjalani pindaan pada tahun 1990, 1996, 1997 dan 1999. Pindaan tahun 1990 menandakan kemasukan Malaysia dalam Berne Convention. Pindaan pada 1997 digubal bagi memenuhi keperluan dan tuntutan baharu era teknologi maklumat, industri multimedia dan Koridor Raya Multimedia (MSC).Malaysia tidak terlepas daripada arus harta intelek ini dan dengan kewujudan peningkatan kes berkaitan harta intelek di negara kita, operasi dan inisiatif Mahkamah khas ini dijangka dapat menyelesaikan lebih 1,600 kes harta intelek tertunggak mengikut rekod Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah sehingga tahun 2006. Statistik menunjukkan terdapat 515 kes tertunggak di Mahkamah Majistret sehingga Jun 2006 manakala sebanyak 1,030 kes lagi di Mahkamah Sesyen dan 67 kes di Mahkamah Tinggi sehingga 31 Disember 2006.Bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, dengan adanya sistem baru mahkamah ini, ia bukan sahaja akan mempercepatkan lagi proses penggendalian kes-kes yang melibatkan pelanggaran harta intelek di negara ini malah kita akan memperoleh kepakaran dari perundangan seperti hakim dan peguam, sekali gus akan meletakkan negara kita di landasan yang setanding dengan negara luar dari segi kelengkapan bagi memutuskan kes-kes berkaitan.Kerajaan juga yakin dengan kewujudan operasi mahkamah ini akan menyakinkan para pelabur dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia amat serius memerangi perompak, pencuri dan pelanggar harta intelek yang tidak bertanggungjawab serta tidak berperikemanusiaan ini, yang giat menceroboh hak kepunyaan orang lain seperti memuat turun tanpa kebenaran, mengubahsuai dari karya asal, menciplak, mencuplik, mencetak rompak, memplagiat, meniru, mencedok, menyebar karya secara bebas dan banyak lagi pencabulan harta intelek. Inisiatif ini adalah bukti keprihatinan dan usaha terbesar kerajaan melindungi entiti dan identiti harta intelek di negara kita secara yang lebih konsisten dan holistik.Semua 15 Mahkamah Harta Intelek akan membicarakan kes di setiap ibu negeri dan pusat pentadbiran negara Putrajaya. Enam Mahkamah Tinggi Bahagian Harta Intelek dengan bidang kuasa sivil dan rayuan akan bersidang secara mahkamah khusus di negeri yang mempunyai banyak kes harta intelek seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak. Setakat ini projek mahkamah harta intelek ini tidak membabitkan sebarang kos membina kemudahan atau bangunan baru, sebaliknya menggunakan kemudahan dan prasarana sedia ada di kompleks mahkamah di negeri terbabit.Pada masa ini, projek perintis ini telahpun dilaksanakan di Mahkamah Sesyen Jenayah (4) di Kuala Lumpur untuk mendengar secara khusus kes-kes jenayah harta intelek mulai 1 Januari 2006 lalu dan hasilnya banyak kes-kes berkaitan telah berjaya dilupuskan dengan lebih efektif dan cepat di mana sehingga tahun 2006 hampir 99 kes berkaitan harta intelek telah dilupuskan dan pihak yang kerugian serta teraniaya mendapat keadilan melalui perintah penghakiman dan pampasan yang sewajarnya daripada mahkamah.Penubuhan Mahkamah Harta Intelek ini juga disifatkan tepat pada masanya memandangkan peningkatan kes-kes baharu melibatkan jenayah harta intelek secara mendadak setiap tahun. Di samping itu, pindaan Akta Hakcipta 1987 pada 15 Ogos 2003 juga telah memberikan kuasa penuh kepada pegawai kementerian menangkap pesalah yang terlibat dalam jenayah ini tanpa melibatkan agensi kerajaan lain. Keadaan ini membantu melicinkan lagi usaha penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang pihak kementerian ke atas penjenayah harta intelek dan bagi mengekang jenayah moden ini daripada terus berleluasa di negara kita.Secara amnya penguatkuasaan undang-undang harta intelek di negara kita adalah merangkumi bidang kuasa yang diperuntukkan di dalam Akta Hakcipta 1987, Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Cap Dagangan 1976, Akta Paten 1983, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000, Akta Petunjuk Geografi 2000, Akta Cakera Optik 2000 dan lain-lain. Kebanyakan kes harta intelek di negara kita banyak tertumpu kepada jenayah cetak rompak mengikut Akta Hakcipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 1972.Sehingga ke hari ini Malaysia masih lagi tidak mampu mengatasi dan menghalang sepenuhnya jenayah pelanggaran hak cipta yang tinggi terutamanya kes cetak rompak yang kian hari semakin bertambah di seluruh negara. Ini adalah kerana jenayah perdagangan ini membabitkan mereka yang bukan hanya mempunyai keupayaan kewangan yang mantap, sistem perhubungan yang cekap, penglibatan 'orang dalam' dan petugas yang terlatih malah kebolehan luar biasa serta strategik melepaskan diri dengan pelbagai helah dan teknik yang mampu mengkaburi mata pihak penguatkuasaan.Di samping itu gejala rasuah di kalangan pegawai penguatkuasaan; kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran pihak kementerian dan agensi berkaitan; pegawai yang korup, lemah, tidak cekap dan kurang pengalaman; dan lebih parah lagi kerap kali berlakunya kebocoran maklumat turut menjadikan masalah ini semakin membarah dan tidak terkawal, di mana setiap kali serbuan dibuat ianya mampu dihidu lebih awal oleh penjenayah harta intelek ini. Mereka yang terlibat membocorkan rahsia serta mengamalkan budaya rasuah ibarat musuh dalam selimut dan penderhaka negara, di mana perlu dihadapkan ke muka pengadilan bersama-sama penjenayah harta intelek kronik lain.Pembeli atau pengguna yang turut sama bersubahat dengan penjenayah ini melalui pembelian barangan cetak rompak atau memuat turun sesuatu aplikasi tanpa kebenaran juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang jika sabit kesalahan. Ini adalah kerana tanpa sokongan dan kerjasama daripada pengguna, penjenayah ini tidak mungkin dapat melebarkan sayap kegiatan perniagaan haram mereka. Hukum penawaran dan permintaan dalam perniagaan menjadi asas kepada masalah ini. Oleh yang demikian, pengguna yang bijak perlu bertindak sewajarnya membantu kerajaan membanteras jenayah harta intelek dan bukannya terus menerus berganding bahu dan membantu penjenayah dalam hal ini.Selanjutnya, bagi meningkatkan lagi prestasi dan inovasi Mahkamah Harta Intelek di negara kita, pentadbiran dan pengurusan mahkamah perlu diperbaiki terutamanya sistem, kemudahan, tahap kecepatan dan kecekapan badan perundangan serta kehakiman sedia ada. Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi perlu diberi latihan dan pendidikan lanjutan, kemahiran, teknologi dan pendedahan terkini undang-undang berkaitan harta intelek tempatan dan antarabangsa.Prasarana kompleks mahkamah haruslah ditambah dan diberi peruntukan khas memandangkan kes-kes sivil dan jenayah sedia ada pun masih lagi terlalu banyak yang perlu diadili dan bilangan kes tertangguh yang semakin meningkat. Bilangan majistret dan hakim juga wajar diperluas bagi melancarkan lagi perjalanan perbicaraan kes serta mereka layak menerima insentif tertentu dan elaun khas kerana beban kerja hakiki mereka akan bertambah dengan adanya mahkamah harta intelek ini.Di samping itu, undang-undang dan peraturan berkaitan harta intelek yang masih longgar dan banyak kelemahan; hukuman dan denda yang rendah serta tidak menggerunkan penjenayah tegar; masalah penafsiran dan perlaksanaan undang-undang serta penguatkuasaannya; dan peruntukan undang-undang sedia ada yang masih kurang mantap serta ketinggalan zaman hendaklah sentiasa dipertingkatkan lagi dan dikemas kini agar penjenayah harta intelek tiada lagi jalan keluar dan terlepas dari tindakan undang-undang negara.Berdasarkan kepada senario semasa, jenayah harta intelek kini semakin berkembang dan bermaharajalela melalui medium maya terutamanya internet di samping kaedah tradisional, menuntut kerajaan bersedia melaksanakan inovasi mahkamah siber sepenuhnya berteraskan keupayaan ICT terkini bagi memberikan impak dan momentum positif kepada sistem perundangan dan kehakiman di negara kita setanding negara maju lain dalam mengadili jenayah harta intelek.



1. What is a Patent?


A patent for an invention is a legal right granted by the government. It
allows you to stop other people from using your invention during the
life of the patent.


2. What is an Invention?


Patents cover all fields of technology. Basically, an invention is something
which is new and is not obvious. It must be technical, but it does not
need to be complicated or high tech. An invention can be many things,
including a machine, device or any kind of mechanical, electrical or
electronic product, a chemical substance, a biotechnological product,
or an industrial process.
Some things, although new, cannot be patented. This is usually
because they are not technical or they do not have a use in industry.
For example, an oil painting, a method of fortune telling and a method
of selling insurance are all examples of things which cannot be
patented.


further information, please click here

design under intellectual property law

Title : Protecting A Design In Intellectual Property
Author : Mr. Sidhartha Mohapatra

*

ABSTRACT

Designs have always played a major role in the global dynamic market. The importance of design has been so highly felt in the field of intellectual property rights (IPR), that a new act, named the Designs Act, 2000 was enacted to give protection to the designs. But the major impetus on the registration of designs is that it should be novel and must not have been publicly known prior to its registration. Further, obscene or scandalous designs do not qualify for the registration of designs. But, once the design gets registered, the competitive advantage that the value of the product gets confers an umbrella protection on the design of the product. In this article, an attempt was made to describe briefly about the Designs Act, 2000 so that those reading it will get an insight of the importance of designs in this modern consumerist market.

INTRODUCTION

Designs often stand at the crossroads of art and industry. The manifestation of design in various product markets poses a problem for the registration of a design in intellectual property. Protection of design as a rule can be done in all intellectual property regimes, with the prominence on copyright, sui generic design and unfair competition laws. The notion of protection of design is the result because of its adaptation in the minds of the users and the socio-economic framework, which sustains it. The rationale behind the protection of design is the role played by it in promoting and maintaining a competitive market economy.1

The essential purpose of design law is to promote and protect the design element of industrial production. It is also intended to promote innovative activity in the field of industries. The existing legislation on industrial designs is enshrined in the New Designs Act, 2000 and this Act will serve its purpose well in the rapid changes in technology and international developments. It was enacted to bring the Indian law in consonance with the TRIPS agreement.2 India has also achieved a mature status in the field of industrial designs and in view of globalisation of the economy; the present legislation is aligned with the changed technical and commercial scenario and made to conform to international trends in design protection.

DEFINITION OF DESIGN

"Design" means only the features of shape, configuration, pattern, ornament or composition of lines or colours applied to any article whether in two dimensional or three dimensional or in both forms, by any industrial process or means, whether manual, mechanical or chemical, separate or combined, which in the finished article appeal to and are judged solely by the eye; but does not include any mode or principle of construction or anything which is in substance a mere mechanical device, and does not include any trade mark as defined in Clause (v) of Sub-section (1) of Section 2 of the Trade and Merchandise Marks Act, 1958 or property mark as defined in Section 479 of the Indian Penal Code or any artistic work as defined in Clause (c) of Section 2 of the Copyright Act, 1957.3

RELATION OF DESIGN WITH IPR

The term "design", in the field of intellectual property rights (IP), means the appearance and form of the whole or part of a product. In other words, design protection is used to protect the aesthetic features of a product i.e., in particular, the lines, contours, colours, shape and/or materials of the product itself and/or its ornamentation.4 Functional features are not protected under the Law of Designs. For a product to qualify for design protection, it must relate to the shape and appearance of the goods or articles and it must be applied by a mechanical or chemical process. The eligibility for design registration will be judged solely by the appeal to the eye. Section 2(d) read with Section 2(a) and Section 5(1) of the Design Act lays down the definition of the Design. In Delhi Metro Plastic Industries v. Galaxy Footwear5 case, it was held the definitions of "design" in Section 2(5) of the 1911 Act and Section 2(d) of the 2000 Act were slightly different and the present definition had certain additional features. The legislation has amplified the definitions of article and design to confirm them with international accepted definitions for providing wider protection. The definition of article has been broadened to include parts of articles sold separately within its scope. The definition of Design has also been amplified to incorporate the composition of lines and colours to avoid overlapping with Copyright Act, 1957 regarding the definition of design with respect to artistic work.

PROTECTION OF DESIGNS

Section 2 (a) makes it clear that only an article of manufacture or any substance which is artificial or partly artificial and partly natural and includes any part of an article capable of being made and sold separately can be protected under the Designs Act, 2000. The functionality or technical features of a product cannot be design protected and should be covered by other methods of protection, i.e. patent protection or utility model protection.

Designs may be used in conjunction with trade marks to protect the entirety of a product. For example, in addition to the protection of the Coca-Cola name by registered trade mark, the shape of the bottle and design of the logo are protected by registered design.

Registered designs are preferable to non-registered designs, as the latter provides no protection against deceptively similar designs. If the part of an article is such that it is capable of being made and sold separately, then it can also be protected. An inventor or any other person/company assigned by the inventor can apply and obtain the registration for the design.

CLASSIFICATION OF DESIGNS

Almost all jurisdictions, including India, follow Locarno Classification for registration of design comprising 32 classes, numbered 1 to 31 and an additional Class 99 to include articles not falling under the aforesaid 31 classes.6 Most of the classes are further divided into sub-classes. Design applications must be filed in a particular class depending upon the predominant material with which the article is made or is capable of being made.7

WHAT DESIGNS CONSTITUTE PROTECTION?

A registrable design must be novel, in that it must not be publicly known8 prior to the filing of an application. A design shall be considered 'new' if no identical design has been previously made available to the public.What is essential is that the design must be new with respect to the class of article to which it has been applied.

Thus, any object which wants qualification for the design must fulfill the criteria, i.e., it must not have been put on in the market, exhibitions or brochures, etc. Further, a design must itself have a distinct individual character and should be substantially differentiating from the already marketed products and prior registered designs.9 However, in order to maintain the novelty of the design, it is necessary to file a design application within 12 months of the publication of the design. If no such application is filed, the design will not be considered novel and will not be registrable.

In the case of Joginder Singh v. Tebu Enterprises Ltd., 10 the petitioner filed a petition in the Delhi High Court for the cancellation of two designs issued in favour of the respondent, under Section 51 A of the Design Act, 1911, on the grounds that the impugned designs whose registration was obtained by the Respondent were in fact being manufactured in India prior to the date of registration in favour of the respondent, and that they were not novel and original and had also been previously published in India prior to the date of registration in favour of the Respondent. The Court held that if the goods imported from abroad are used by the importer without its discloser to anyone else and goods of such designs are not freely available in India, then there is no publication of the design so imported. If, however, the goods which are imported are used in full view of the general public, the design of such goods are regarded as published in India and would not be regarded as new or original designs. Considering the facts and circumstances of this case the court cancelled the registration of the design issued in favour of the Respondent.

http://articles.manupatra.com/PopOpenArticle.aspx?ID=4c7324ae-7ef5-434f-93a5-ebd0d187146b&txtsearch=Mr.%20Sidhartha%20Mohapatra